Monday, March 1, 2010

Sejarah Perkembangan Pejabat Daerah Marang

Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1915. Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Marang yang ke tiga di bina pada tahun 1965 dan telah digunakan selama 31 tahun. Kini bangunan tersebut telah dijadikan Pejabat Majlis Daerah Marang.

Pada tahun 1994, Bangunan Pejabat Daerah Marang dan Tanah telah dirasmikan oleh DYMM AL- WHATHIQUBILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFIBILLAH SHAH


Sejarah Pentadbiran Daerah Marang telah bermula daripada pemerintahan Baginda Omar ( 1839-1876 M). Ia diketuai oleh pembesar-pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan. Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (river district).

Semasa pemerintahan sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918M, Yang Di Pertuan Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan sungai Mercang. Mereka bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu -penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung - kampung tertentu sahaja.

Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar-pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river district.). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan "river district" yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Mercang.

Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Pesuruhanjaya British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. Humphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang di letakkan dibawah Jajahan Tengah dengan Pusat Pentadbiran di Kuala Terengganu. Daerah - daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah Jajahan Timur dengan Pusat Pentadbiran di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan Pusat Pentadbiran di Kampung Raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang pesuruhjaya dan dibantu oleh seorang penasihat British dan seorang D.O

Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan model Pejabat Daerah Johor.berdasarkan maklumat lisan, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang. Seramai 40 orang Pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat mereka di Daerah Marang.

Arus perkembangan semasa selepas tahun1960 dimana program pembangunan luar bandar dipergiatkan bagi mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat menyaksikan Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang ada itu tidak lagi dapat menampung pertambahan kakitangan dan penyimpanan dokumen jabatan yang semakin meningkat. bagi mengatasi masalah kesesakan tersebut, bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Marang yang ketiga telah dibina dan disiapkan pada tahun 1965. Bangunan dua itu sempat digunakan selama 31 tahun dan sekarang telah dijadikan Pejabat Majlis Daerah Marang. Antara Pegawai Daerah yang telah sempat memberikan perkhidmatan mereka ialah:

  • En. Abdul Rahman bin Nasir ( Y. Bhg. Dato' Setia Wangsa)
  • En. Hashim bin Sulaiman ( Y. Bhg. Dato' Lela Jasa)
  • En. Omar bin Pilus ( Y. Bhg. Dato' Bentara Luar)
  • YM. Tg Abdul Jalil bin Omar ( YBM Tg Seri Bijaya Raja)
  • En. Wan Salleh b. Mahmood
  • YM. Syed Omar bin Mohamad (YBM. Engku Bijaya Sura)
  • En. Mustaffa bin Abu Bakar
  • En Wan Abdul Manan bin Chik (Y. Bhg. DAto' Setia Bakti)
  • Y. Bhg. Dato' Zahid bin Muda
  • Y. Bhg. Dato' Hj Abdullah bin Mohd
  • Y. Bhg. Dato' hj Che Mat bin Jusoh
  • Y. Bhg Dato' Hj saad bin Boto'
  • Y. Bhg. dato' Hj Baharuddin b. Ismail

Dari segi kawasan pentadbiran daerah, Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi 4 buah mukim sahaja iaitu mukim Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan mercang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 ornag. Mulai 1 Januari 1985 Daerah Marang telah diperbesarkan denagn menambah 2 buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu.

Bilangan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan TAnah Marang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Sehingga awal tahun 1990an, bilangan ini telah meningkat kepada 159 orang bagi mengimbangi bebanan kerja yang semakin bertambah. Disebabkan maslah keperluan ruang pejabat yang semakin mendesak, pada tahun 1994 bangunan Pejabat Daerah dan TAnah Marang yang keempat telah dibina dan mula diduduki pada september 1996.

Bangunan baru PDTM ini dibina atas tapak seluas 2.800 hektar terletak di tepi Jalan Marang / Wakaf Tapai iaitu dibelakang Bangunan PDTM yang kedua dan ketiga. Bangunan baru setinggi 3 tingkat dengan keluasan lantai 3, 285.989 meter persegi menelan belanja sebanyak RM4,802,475.00 telah disiapkan pada jun 1996. Pegawai Daerah yang telah sempat memberikan khidmat baktinya bangunan baru ini ialah :-

  • Tn Hj Long bin Abd. Rahman
  • Tn Hj Muhatar bin Abdullah
  • Tn Hj Hashim bin Mamat
  • En. Osman bin Muda
Bangunan PDTM yang keempat telah di rasmikan oleh DYMM AL WATHIQUBILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFIBILLAH SHAH, Sultan dan Yang Di Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya pada 19 Julai 1999.





Related Posts with Thumbnails